logo

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/YEN & GBP/YEN untuk 30 Mac, 2015

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/YEN & GBP/YEN untuk 30 Mac, 2015

Analisis Mata Wang JPY Terhadap EUR&GBP

Laporan mengenai keputusan pengeluaran perindustrian Prelim Jepun telah dikeluarkan sewaktu sesi dagangan Asia. Output industri Jepun menunjukkan bacaan yang mengecewakan pada bulan Februari. Data telah merekodkan bacaan negatif 3.4%, paras terendah sejak Jun 2014, berbanding bacaan positif 3.7%. Setelah data yang dikeluarkan, mata wang JPY didagangkan lebih rendah berbanding USD, EUR & GBP.

EUR/JPY

Pada sesi dagangan Jumaat, pasangan mata wang ini telah ditolak pada 20Dsma dan menutup di bawah tahap harga tersebut. Pasangan mata wang ini telah membentuk 'double top' pada tahap 131.67. Ia adalah merupakan tahap rintangan selari, yang mana pasangan ini telah gagal untuk menembusi selama 3 hari berturut-turut. Sepertimana yan g telah kita ramalkan, graf bar ilin setiap jam ditutup di bawah tahap 130.50 dan kita boleh membuat kesimpulan bahawa aliran harga jangka pendek telah dihadkan. Pasangan mata wang ini telah meningkatkan baji setiap jam. Rintangan urusniaga harian bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 130.50. Gunakan setiap kenaikkan harga untuk menjual dengan sl diletakkan pada tahap 130.50. Untuk sesi dagangan hari ini, kami mencadangkan kepada para pedagang jualan selamat baru di bawah tahap 129.00 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 128.60, 128.30, dan 128.00. Kedudukan menjual belum disahkan dengan sl pada tahap 130.50. Sokongan selari Urusniaga harian mungkin dijumpai pada tahap 129.40.

Perdagangan: Jual pada mana-mana kenaikkan harga dengan sl ditetapkan pada tahap130.50, penjualan selamat dibawah tahap 129.00.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/YEN & GBP/YEN untuk 30 Mac, 2015

GBP/JPY

Pasangan mata wang ini telah menjunam menembusi 'head and shoulder' pada tahap 181.50, melanjutkan corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah dalam carta 4H. Pada mulanya, kami yakin bahawa pasangan mata wang ini akan berdagang dalam aliran menaik, kemudian kami menukar kecenderungan gambaran dagangan kami kepada aliran menurun. Kami menasihatkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah 181.50 dengan sasaran terletak pada tahap 178. Pasangan ini telah membuat tahap rendah pada 177.25 dan melonjak naik mencecah ke tahap 180.99. Harga juga telah ditolak menghampiri 'neckline' dan ditolak ke tahap rendah baru. Akhirnya, pound kelihatan lemah berbanding USD menjelang drama politik. UK perlahan-lahan menghampiri pilihan raya umum yang dijadualkan akan berlangsung pada Mei. Peserta pasaran menjangkakan bahawa mata wang pound akan berada di bawah tekanan aliran menurun. Pada bulan Februari, pasangan ini telah membuat rendah pada 175.49, 200Dema dan 200Dsma membantu harga untuk menolak kembali ke 185.00. Pada masa ini, 200Dema dan 200Dsma yang sama bertindak sebaagai purata tahap rintangan kuat 178.20. Penutupan harga pada minggu akan memberikan petunjuk yang jelas, sebagaimana pasangan telah mengukuh pada 50Wsma selama 1 minggu. Sokongan selari didapati terletak pada 175.49, di bawah ini harga mungkin jatuh ke arah 172.60.

Kami mengesyorkan jualan urusniaga harian di bawah 177.00 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada 176.70 dan 176.50. Jualan yang kukuh akan muncul di bawah 176.40 arah 175.50. Sehingga pasangan menutup di atas 178.20, gambaran penurunan harga jangka masa pendek kekal dalam permainan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli di atas 178.40 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada 178.60 dan 179.20.

Perdagangan: Ambil pesanan menjual di bawah tahap 177.00.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/YEN & GBP/YEN untuk 30 Mac, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan