logo

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 30 Mac, 2015

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 30 Mac, 2015

Skor tahunan bagi laporan pengeluaran dan perkhidmatan Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2.2 peratus padasuku keempat tahun 2014, berdasarkan kepada anggaran "ketiga" yang dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi. Pengerusi Janet Yellen memaklumkan bahawa beliau menjangkakan Rizab Persekutuan bakal menaikkan kadar faedah padatahun ini, dan kenaikan seterusnya akan dilaksanakan secara beransur-ansur tanpa boleh diramal. Beliau berkata: "Saya menjangkakan bahawa keadaan boleh menjamin peningkatan sasaran kadar dana persekutuan pada tahun ini". Selepas kenaikan awal, pegawai tidak akan menurut "mana-mana kursus yang telah ditetapkan pengetatan" yang melibatkan peningkatan bersaiz serupa secara berkala, Yellen memberitahu sewaktu persidangan penyelidikan yang ditaja oleh Federal Reserve Bank of San Francisco berlangsung di San Francisco, California 27 Mac 2015. Mata wang olar AS melantun berbanding kebanyakan pasangan utama.

USDCAD

Kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli sekiranya harga diperbetulkan ke arah 1.2400 atau 1.2370. Pasangan ini telah merekodkan bacaan tahap rendah pada 1.2410 dan mengubah haluan ke arah tahap 1.2630. Kini, pasangan sedang berada dalam julat harga 200 pips. Kami mensyorkan kepada para pedagang untuk mengikuti strategi perdagangan saya untuk mengerakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.2500. Sehingga harga menutup di atas 1.2530, aliran menaik kekal dalam permainan. Pasangan ini telah menyediakan asas sokongan yang kuat di antara tahap 1.2350 dan 1.2300 di 200MSMA. Sehingga harga menutup di atas 1.2300, pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah masih kekal sah.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 30 Mac, 2015


Kami telah mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 117.50. Pasangan mata wang ini telah membuat tahap rendah pada 118.33, menghadapi rintangan yang kuat pada 50Dsma. Sekiranya harga menutup di atas 50Dsma, maka kita boleh menjangkakan satu lagi kenaikkan harga jangka masa terdekat. Corak perdagangan harga yang dirangka antara 119.60 dan 118.80. Kami mengesyorkan jualan urusniaga harian di bawah 118.90 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 118.40. Penutupan harian di bawah 117.50 akan mendorong kesinambungan aliran menurun menuju ke arah 116.00 dan 115.00. Aliran menaik adalah kekal selamat sehingga harga menutup di atas 117.50 pada 100Dema. Perdagangan: buka kedudukan membeli dengan menetapkan SL di tahap 117.50 belian urusniaga harian di atas 119.60 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 120.00 dan 120.30. Dalam carta setiap jam, kita dapat melihat dengan jelas pembentukan corak 'inverse head and shoulder'. Kami memohon para pedagang agar mengikuti strategi perdagangan saya untuk mengalihkan stop loss mereka ke tahap 118.90 dengan sasaran pada tahap 120.00. Bagi para pedagang yang masih belum mengambil pesanan, anda disarankan agar mengambil pesanan membeli di atas 119.50.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 30 Mac, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan