logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 26 Mac, 2015

Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 26 Mac, 2015

Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 26 Mac, 2015

Rumusan Teknikal:

Kenaikkan harga diramalkan akan berlaku seperti yang dijangkakan. Sepertimana gelombang merah ii mendatar, kami kini sedang mencari kesinambungan dalam gelombang merah iii bagi membolehkan harga sekurang-kurangnua mencapai tahap minimum 1.4583 dan mungkin juga lebih tinggi ke arah 1.4649 sebelum pembetulan harga di dalam gelombang iv merah. Selepas pembetulan harga kecil dalam gelombang iv merah, satu lagi kenaikkan harga akhir ke tahap lebih tinggi 1.4798 dijangkakan akan menamatkan perhimpunan impulsif pertama dari dasar tahap 1.4128. Kenyataan bahawa harga telah menembusi di atas garisan saluran rintangan juga menggalakkan.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah membeli EUR daripada tahap 143.15 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi pada tahap 1.4375. Kami akan menetapkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.477. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.4440 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada 1.4375.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan