logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015

EUR/USD: Pasaran ini menjunam sebanyak kira-kira 180 pips pada minggu lalu, menguji garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.1200. Minggu ini, kita akan melihat penembusan harga pada garisan sokongan  yang seterusnya iaitu pada tahap 1.1100, walaupun terdapat kebarangkalian bahawa pasaran berkemungkinan akan mengukuh pada mana-mana hari dalam seminggu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015

USD/CHF: Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pasangan EUR/USD, pasangan mata wang ini telah berpindah ke arah bawah. (Walaupun pergerakannya adalah tidak begitu ketara sebagaimana pergerakan harga pada pasangan EUR/USD), harga USD/CHF meningkat ke arah atas daripada tahap sokongan 0.9550, hampir mencapai tahap rintangan yang terletak pada tahap 0.9550. Manakala tahap rintangan pula berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menaik,  pembetulan penurunan harga berpotensi juga tidak boleh diabaikan.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015

GBP/USD: Pasangan mata wang Pound melonjak ke arah atas dan ia kemudianya menjunam ke arah bawah minggu lalu, tetapi gambaran umum dalam pasaran ini masih berpihak kepada aliran menaik. Pada Jumaat 27 FEBRUARI, 2015, harga ditutup pada 1.5436, semasa harga berlegar di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.5400. Terdapat risiko bahawa wilayah pengumpulan akan ditembusi untuk aliran menurun.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015

USD/JPY: Oleh kerana kekuatan yang ketara pada mata wang USD, instrumen perdagangan mata wang ini dilihat telah membuat usaha penurunan harga menuju ke arah atas akhir. Melainkan harga menembusi tahap bekalan 120.00 untuk aliran menaik, pasaran mata wang ini diandaikan masih lagi mengukuh. Para pedagang perlu menunggu sehingga momentum yang serius kembali ke dalam pasaran. Satu perkara yang hampir pasti: kemungkinan bahawa pasangan USD/JPY akan pergi ke arah atas adalah sangat tinggi.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015

EUR/JPY: Pasangan EUR/JPY didagangkan dalam aliran menurun pada minggu lalu, didorong n oleh kelemahan pada mata wang EUR. Harga telah menguji zon permintaan yng terletak pada tahap 133.50 dan pergerakan penurunan harga yang seterusnya telah ditolak di sekitar tahap tersebut. Kini terdapat usaha menaik dalam pasaran dan zon bekalan pada tahap 135.00 dan 135.50 akan dapat dicapai pada minggu ini. Tinjauan arah aliran harga bagi pasangan ini adalah menaik pada minggu ini.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Mac, 2015
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan