logo

FX.co ★ Analissi Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 27 Februari, 2014

Analissi Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 27 Februari, 2014

Data AS yang kukuh telah menjejaskan pasaran mata wang euro pada sesi dagangan semalam. Euro kehilangan 1.5% pada sesi semalam dan harga ditutup di bawah 1.1200. Pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan pada bulan Januari buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan. Menurut laporan Jabatan Perdagangan, pesanan barangan tahan lama meningkat kepada 2.8%. Euro kekal didagangkan di bawah tekanan semasa sesi perdagangan Asia awal hari ini. Kami telah mengesyorkan pesanan menjual di bawah tahap 1.1330 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1330, 1.1290, dan 1.1270 di dalam arkitel Rabu. Panik akan dicetuskan di bawah tahap 1.1260 dengan sasaran berada pada tahap 1.1220 dan 1.1190. Pasangan mata wang ini telah menembusi tahap rendah 1.1184. Pada sesi awal dagangan Asia, harga  kelihatan mengukuh dalam julat dagangan yang sangat sempit antara 1.1205 dan 1.1192. Penembusan asas sokongan telah beralih kepada zon rintangan yang terletak di antara 1.1260 dan 1.1280. Menjelang keputusan KDNK Prelim AS, mata wang dolar AS diniagakan lebih rendah terhadap GBP, EUR, dan JPY. Kami menjangkakan KDNK AS akan mencatatkan kenaikkan antara 2.0% dan 2.1%. Hari ini, Parlimen Jerman dijangka bersetuju untuk melanjutan bailout Yunani. Selain itu, laporan CPI Prelim untuk Jerman, Itali, dan Sepanyol dijadualkan akan dikeluarkan. Sekali lagi, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual setiap kali kenaikkan harga dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.11, 1.0970, dan 1.0930. Panik akan dicetuskan di bawah 1.1150. Sekiranya cartalilin 4H menutup di bawah tahap 1.1150, maka aliran penurunan harga berkemungkinan akan mensasaran ke tahap lebih rendah seperti yang telah dinyatakan.



Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1150.


Analissi Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 27 Februari, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan