logo

FX.co ★ Analissi Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 27 Februari, 2014

Analissi Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 27 Februari, 2014

Emas ini mendapat momentum selepas kenyataan dovish oleh Yellen. Logam ini telah menembusi tahap tinggi satu minggu pada sesi urusniaga harian semalam. Emas telah berdagang dengan baik bagi membolehkan harga mengukuh pada tahap $ 1,190.00 sebanyak dua kali, tetapi ia telah ditolak pada tahap $ 1,222.60, rintangan selari. Logam ini jatuh di bawah harga $ 1,200.00 tiga kali dan berjaya menutup di atas tahap tersebut. Ia satu petanda yang baik untuk harga emas pulih. Yellen mencadangkan kenaikan kadar pertama tidak mungkin berlaku sebelum separuh kedua tahun ini. Pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat meningkat pada bulan Januari untuk kali pertama dalam tempoh tiga bulan. Menurut laporan Jabatan Perdagangan, pesanan barangan tahan lama meningkat kepada 2.8%.

Dolar AS menembusi pada tahap tinggi 1 bulan. Di India, RBI telah menarik balik pengharaman ke atas import emas. Bank lantikan telah mendapatkan kebenaran untuk mengimport emas secara konsainan. Kami menjangkakan import untuk bulan Februari meningkat sebanyak 40 tan. Pada penutupan mingguan, aliran menaik perlu menutup di atas harga $ 1,217.00. Sokongan urusniaga harian didapati pada harga $ 1,204.00. Rintangan mingguan dan harian ditetapkan pada tahap $ 1,223.00. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan jualan baru di bawah tahap $ 1,203.00 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada harga $ 1,200.00, $ 1,195.00, dan $ 1,190.00. Penutupan harian di bawah harga $ 1,185.00 membawa ke tahap $ 1,170.00, $ 1,167.00, dan $ 1,150.00. Menjelang keputusan KDNK Prelim AS, emas akan didagangkan dalam aliran menaik. Sekiranya KDNK Prelim AS merekodkan bacaan menurun, maka berkemungkinan akan terdapat satu momentum ke arah kenaikkan harga ke tahap $ 1,217.00 dan $ 1,222.00. Dari pandangan ini, kami mencadangkan pesanan membeli di atas tahap $ 1,212.00 dengan sasaran ditetapkan pada tahap $ 1,215.00, $ 1,217.00, dan $ 1,222.00.

Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,203.00.

Ambil pesanan membeli di atas tahap $1,212.00.

Analissi Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 27 Februari, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan