logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang menaik (Spot ICE indeks dolar indeks terdahulu mencatatkan 94.68 berbanding 94.62 awal Khamis) pada bacaan yang lebih rendah daripada ramaln 265,000 tuntutan pengangguran AS minggu ini yang berakhir pada 24 Januari, ternyata berada pada tahap yang paling rendah sejak April 2000 (berbanding ramalan 300,000). Pasangan mata wang ini juga disokong oleh penjualan franc pada perdagangan berbanding mata wang utama lain, kadar faedah Swiss yang negatif dan ancaman campur tangan SNB dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun keuntungan bagi pasangan USD/CHF ini telah diganggu oleh pelarasan jawatan menjelang hujung minggu.

Ulasan Teknikal:
Carta harian masih berkecenderungan positif sebagaimana Stokastik adalah dalam mod menaik, bar histogram MACD kini beralih positif.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9365 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9435. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8985. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8925. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9075.

Tahap Rintangan:
0.9365
0.9435
0.9465

Tahap Sokongan:
0.8985
0.8925
0.89

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan