logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 Januari, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 Januari, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas harga menembusi berhampiran pada tahap rendah empat tahun 0.7228 pada hari Khamis. Mata wang NZD ini telah terjejas ekoran peralihan pendirian kewangan Bank Rizab New Zealand daripada mengetatkan kecenderungan kepada neutral. Pasangan mata wang NZD/USD ini juga dipengaruhi oleh penurunan unjuran jualan susu  Fonterra bagi tahun yang berakhir pada 31 Mei sebanyak 3.3% daripada ramalan terdahulu kepada 1.53 bilion kg pepejal susu, dengan penurunan sebanyak 2.1% dalam bacaan persetujuan bangunan New Zealand bagi bulan Disember dan sentimen dolar yang meningkat. Walau bagaimanpun, kerugian bagi pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh sentimen risiko yang positif, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu penarikan semula pasangan AUD/NZD dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, Stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7235. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7210. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7350. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7440 dan sasaran kedua pada 0.7465.

Tahap Rintangan: 
0.7440
0.7465
0.75

Tahap Sokongan:
0.7235
0.7210
0.7145

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan