logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 29 Januari, 2015

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 29 Januari, 2015

Huraian Umum untuk 29/01/2015 09:40 CET

Tahap sokongan urusniaga harian hari semalam telah dikenal pasti dengan tepat dan mereka masih menyediakan sokongan untuk harga. Penembusan aliran menurun kini merupakan pergerakkan harga yang kritikal untuk pasaran kerana ia boleh menjadi sebahagian daripada pembangunan gelombang (b) biru yang lebih besar. Walau bagaimanapun, pasaran masih membangunkan pembetulan gelombang 4 hitam dan hanya penembusan harga di bawah tahap 130.14 akan membatalkan gambaran ini.

Sokongan/Rintangan:

130.14 - Ayunan Tahap Rendah

131.83 - Sokongan Urusniaga Harian

132.46 - Sokongan Urusniaga Harian

134.21 - Rintangan Urusniaga Harian

134.99 - WR1

Cadangan Perdagangan:

Tidak banyak yang berubah sejak semalam: pasaran masih berdagang di bawah tahap 134.21. Keadaan perdagangan yang tidak menentu adalah dijangkakan sebagaimana pasaran mungkin membuat gelombang 4 hitam dalam bentuk segi tiga atau apa-apa bentuk pembetulan yang lain. Mana-mana penembusan harga ke tahap yang lebih tinggi di atas tahap 134.21 adalah aliran menaik dan pesanan membeli perlu dibuka dengan SL ditetapkan di bawah salah satu daripada tahap sokongan urusniaga harian.

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 29 Januari, 2015


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan