logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Januari, 2015

Huraian Umum untuk 27/01/2015 08:45 CET

Tindakan harga pada baru-baru ini untuk aliran menaik adalah agak tidak menentu dan tidak kelihatan seperti gelombang impulsif yang biasa, walau bagaimanapun pembangunan gelombang jenis ini berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai 'Ending Diagonal'. Petunjuk lain hadir daripada pencapahan aliran menurun di antara harga dan momentum, yang mana ia adalah semakin berkurangan kerana harga telah menembusi tahap yang lebih tinggi. Tingkah laku pasaran jenis ini berkemungkinan mencadangkan kepada para pedagang bahawa local top untuk pasaran ini adalah hampir dan mana-mana penembusan harga di bawah tahap 1.2309 akan menjadi pengesahan pertama untuk kemungkinan ini.

Sokongan/Rintangan:

1.2496 - Ayunan Tahap Tinggi

1.2320 - Pangsi Mingguan

1.2309 - Sokongan Urusniaga Harian

1.2181 - WS1

Cadangan Perdagangan:

Selagi harga kekal didagangkan di atas tahap 1.2309, keadaan perdagangan yang tidak menentu adalah diramal dan daytraders harus mempertimbangkan untuk membuka posisi membeli dengan menetapkan SL hanya di bawah tahap harga ini, dengan menggunakan strategi scalping untuk mendapatkan 20-30 pips. Sila perhatikan saluran penembusan emas untuk peluang perdagangan jangka pendek yang berkemungkinan sekiranya tahap 1.2400 ini berjaya ditembusi dengan jelas.


Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Januari, 2015


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan