logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015

EUR/USD: Setelah menguji garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.1100, pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah melantun menaik melebih 190 pips. Lantunan menaik ini adalah tidak ketara jika dibandingkan dengan kecenderungan aliran menurun secara keseluruhanya, yang mana ia kini adalah sangat kuat. Dalam erti kata lain, lantunan aliran menaik semasa adalah lebih baik dilihat sebagai satu peluang yang jelas kepada para pedagang untuk mengambil posisi menjual sebagaimana kenaikkan harga berada di dalam konteks aliran menurun.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015

USD/CHF: Prospek aliran harga bagi pasangan USD/CHF ini masih tidak berubah. Kecenderungan pasaran yang tidak normal pada masa ini adalah melemah, walau bagaimanapun adalah diramalkan bahawa pembetulan aliran menaik akan dilanjutkan secara beransur-ansur walaupun sekali-sekala akan berlaku pembetulan penurunan harga yang ketara. Walau bagaimanapun, pergerakan harag ke arah atas akan menjadi perlahan dan beransur-ansur.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015

GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini telah mencabar wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.5000, bagai manapun wilayah ini telah berjaya mempertahankanya. Harga dilihat telah melantun ke arah atas selepas itu, harga kelihatan menutup di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.5050. Walau bagaimanapun, gambaran umum untuk pasaran adalah melemah, dan ia dijangkakan bahawa harga akan jatuh tidak lama lagi. Wilayah pengumpulan pada tahap 1.5000 akan dicabar sekali lagi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015

USD/JPY: Pergerakan harga pada pasangan ini adalah tidak sekuat pergerakan pada pasangan EUR/JPY. Walau bagaimanapun, gambaran pada masa ini menunjukkan bahawa dagangan jangka pendek adalah tidak digalakkan buat masa sekarang, untuk aliran menurun yang seterusnya dalam mata wang Yen berpotensi untuk mendorong harga mencapai tahap bekalan pada tahap 119.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015

EUR/JPY: Sama seperti pasangan EUR/USD, pasangan mata wang kini dilihat sedang cuba untuk menaik dalam konteks aliran menurun. Prospek penurunan harga ini berkemungkinan didorong oleh kelemahan yang berterusan pada mata wang Euro, walau bagaimanapun terdapat kemungkinan bahawa mata wang Yen akan menjadi sangat lemah; dengan itu akan membolehkan kenaikkan harga yang serius dalam pasaran berlaku.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 27 Januari, 2015
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan