logo

FX.co ★ Ramalan dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 27 Januari, 2015

Ramalan dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 27 Januari, 2015

Mata wang USD merosot berbanding mata wang utama yang lain. Selepas keputusan mengenai pilihan raya Greece dikeluarkan, mata wang USD telah menjunam jatuh. Hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada KDNK awal British. Manakala untuk mata wang USD, keyakinan pengguna, barangan tahan lama, dan teras pesanan barangan tahan lama adalah merupakan data utama yang harus diberikan perhatian. Mata wang pound berjaya menutup dalam aliran menaik, tetapi ia masih diniagakan pada tahap rendah 18 bulan. Kenaikan kadar memihak kepada mata wang dolar AS. Pembuat dasar telah berulang kali mengumumkan rancangan mereka untuk menaikkan kadar faedah pada tahun 2015. Walau bagaimanapun pertaruhan pada kenaikan kadar dari BOE tidak memihak kepada Pound. Perbezaan ini dapat memberikan pandangan yang optimis terhadap USD. Hari ini, pasangan GBP memulakan dagangan dalam aliran menaik. Harga kini sedang menghadapi rintangan yang kuat pada 34hrsma dan pada tahap fib 61.8 1.5115 di dalam carta 4H. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di atas tahap 1.5115, maka harga berkemungkinan akan menguji ke arah tahap fib 80.0 yang terletak pada tahap 1.5160 dan garisan aliran menurun pada carta 4H. Sokongan urusniaga harian telah ditetapkan pada tahap 1.5070, 1.5050, dan 1.5030. Menurut pada carta 1H, harga dilihat sedang mengukuh diantara tahap 1.5100 dan 1.5070. Harga telah menembusi aliran menaik daripada julat dagangan kecil dengan corak harga rendah yang lebih tinggi dan corak harga tinggi yang lebih tinggi. Jika cartalilin 4H menutup di atas tahap 1.5115, maka kami menjangkakan bahawa akan terdapat beberapa rintangan yang akan terletak sepanjang arah ke tahap 1.5160. Kemungkinan yang jauh. Di sebelah bawah, penurunan harga yang berterusan di bawah tahap 1.5000 dan akan mencetuskan panik di bawah tahap harga 1.4950.

Ramalan dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 27 Januari, 2015
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan