logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 19 Disember, 2014

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 19 Disember, 2014

Huraian Umum untuk 19/12/2014 09:30 CET

Perkiraan telah mengalami sedikit perubahan dan kini ia sedang menyatakan kitaran pembetulan coklat WXY yang lebih kompleks di dalam gelombang 4 ungu, di mana gelombang Y coklat masih belum selesai. Darjah gelombang dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi dan ini adalah merupakan sebab mengapa ia mengambil masa yang lama untuk pasaran melengkapkan kitaran pembetulan pada tahun ini. Tahap 1.1670 kini dilihat sedang bertindak sebagai tahap rintangan urusniaga harian yang kuat. Walaupun ia telah diuji sebanyak tiga kali, pasaran dilihat masih gagal untuk menembusinya. Walau bagaimanapun, sokongan yang paling penting adalah pada sokongan urusniaga harian yang terletak di tahap 1.1559 dan sokongan dinamik yang disediakan oleh garisan aliran emas. Jika terdapat penembusan menurun, maka titik pangsi mingguan yang terletak pada tahap 1.1533 perlu menyediakan tahap yang kuat untuk harga melantun semula. Para pedagang diingatkan bahawa pasangan mata wang ini masih cenderung terhadap aliran menaik dan sekurang-kurangnya satu lagi gelombang menaik impulsifhendaklah dibuat lebih awal atau kemudian.

Sokongan/Rintangan:

1.1727 - WR2

1.1670 - Rintangan Urusniaga Harian

1.1666 - WR1

1.1559 - Sokongan Urusniaga Harian

1.1531 - Pangsi Mingguan

Cadangan Perdagangan:

Perdagangan di dalam kitaran pembetulan kompleks adalah perkara yang agak sukar untuk dilakukan dan para pedagang perlu menahan diri daripada berdagang dengan instrumen ini sehingga terdapat penembusan harga yang jelas. Sekiranya terdapat penembusan aliran menaik, daytraders boleh mempertimbangkan untuk membuka pesanan buy stop daripada tahap .1672 dengan SL kecil (15-20 pips) dan TP pada tahap 1.1727.

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 19 Disember, 2014

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan