logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Disember, 2014

Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Disember, 2014


Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah membuat penembusan harga yang kuat pada tahap 1.5642, membuka jalan bagi pasangan ini menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.5506. Pasangan mata wang GBP/USD kini kelihatan seolah-olah akan mula membentuk corak penurunan harga bagi membolehkan pasangan ini meneruskan kecenderungan aliran menurun dalam dagangan jangka sederhana. Walau bagaimanapun, ini hanya boleh disahkan dengan penembusan harga pada tahap 1.5506, yang mana ia akan membawa pasangan GBP/USD menembusi sokongan di tahap 1.5407.


Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5642 / 1.5746

Tahap Sokongan Carta Harian : 1.5506 / 1.5407

Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Disember, 2014


Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membentuk corak rendah yang lebih rendah di bawah tahap rintangan 1.5590, sebagaimana pasangan ini telah berjaya untuk mengukuh di bawah purata pergerakkan 200-hari sewaktu sesi dagangan hari semalam. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini berpotensi untuk menembusi pada tahap harga 1.5590 dan melonjak naik ke tahap 1.5632, disebabkan oleh penarikan semula aliran menurun pasangan ini sedang berlaku. Indikator MACD kini berada di dalam zon terlebih jual.


Tahap Rintangan Carta 1H : 1.5590 / 1.5632

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5534 / 1.5501

Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Disember, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5534, take profit di tahap 1.5501, dan stop loss pada tahap 1.5565.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan