logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 28 November, 2014

Analisis Harian GBP/USD untuk 28 November, 2014

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat sedang membuat penarikan semula harga pada tahap 1.5811 di dalam carta 4H, sebagaimana pasangan mata wang ini telah kehilangan tekanan kenaikkan harga semasa sesi dagangan semalam, di mana pasaran Amerika mempunyai kecairan yang rendah disebabkan bersempena sambutan Kesyukuran. Pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan akan melantun semula harga pada garisan aliran menurun iaitu pada tahap 1.5700, walaupun kawasan ini adalah sangat lemah pada tahap teknikal. Dalam aliran menurun, pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat mempunyai sokongan pada tahap 1.5589. Indikator MACD bergerak ke dalam zon negatif.


Tahap Rintangan Carta 4H: 1.5811 / 1.5874

Tahap Sokongan Carta 4H: 1.5698 / 1.5589

Analisis Harian GBP/USD untuk 28 November, 2014


Berdasarkan pada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih mempunyai sokongan pada 200 SMA, yang mana ini berkemungkinan akan memberikan momentum menaik. Oleh itu, pasangan mata wang kini sedang meningkat ke tahap rintangan 1.5810. Walau bagaimanapun, para pedagang perlu diingatkan agar lebih berhati-hati dengan tahap 1.5729 yang boleh bertindak sebagai rintangan yang kuat pada carta 1H, membawa pasangan GBP/USD ke arah bawah dan membuat ia jatuh sehingga mencecah ke tahap 1.5686 dalam dagangan jangka pendek. Indikator MACD kini sedang memasuki zon terlebih jual.


Tahap Rintangan Carta 1H:1.5739 / 1.5810

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5686 / 1.5632

Analisis Harian GBP/USD untuk 28 November, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan  pada tahap 1.5739, take profit di tahap 1.5686, dan stop loss pada tahap 1.5795.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan