logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 25 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 25 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 25 November, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan mengukuh dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah disokong oleh dana pembiayaan perdagangan Yen di tengah-tengah sentimen risiko yang positif (tolok ketakutan VIX susut 2.17% kepada 12.62, S&P 500 meningkat 0.29% sekaligus mencatatkan rekod penutupan tertinggi pada 2,069.41 semalam) selepas data dari Jerman mencatatkan bacaan yang memberansangkan dan dasar kewangan mudah di seluruh dunia. Pasangan USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan daripada pengimport dan perlonggaran dasar kewangan secara besar-besaran oleh Bank Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY kini sedang diganggu oleh jualan eksport Jepun dan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun pada 2,302% berbanding 2,315% lewat Jumaat), sentimen USD yang melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu 88.15 berbanding 88.41 awal Isnin) selepas PMI Perkhidmatan Markit flash AS bagi bulan November menunjukkan bacaan yang lebih rendah 56.3 berbanding  bacaan akhir Oktober 57.1, penurunan di dalam Indeks Aktiviti Fed Negara di Chicago kepada +0.14 pada bulan Oktober berbanding +0.29 pada bulan September.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi pada tahap overbrought, purata pergerakkan 5 dan 15 hari semakin menaik.

Cadangan Perdagangan: 
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.70 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 119. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 117.40. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 116.75. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 117.75. .

Tahap Rintangan: 
118.70
119
119.70

Tahap Sokongan: 
117.40
116.75
116.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan