logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 November, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 November, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 November, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga disokong oleh sentimen euro yang melemah sewaktu pasangan franc Switzerland mengukuh dan perlonggaran ultra dasar monetari oleh Bank Negara Swiss. Sentimen USD diganggu oleh data yang melebihi ramalan di dalam laporan untutan pengangguran AS pada minggu berakhir 15 Nov yang mencatatkan seabnyak 291,000 (berbanding ramalan 283,000), data yang lebih lemah berbanding ramalan di dalam laporan pembuatan PMI Markit flash AS bagi bulan November iaitu 54.7, yang paling rendah dalam tempoh 10 bulan (berbanding ramalan 56.0). Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan USD/CHF ini telah dihadkan oleh pelarasan jawatan menjelang hujung minggu.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah 15 hari dan semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9555; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9555. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9605. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9625 dan sasaran kedua pada tahap 0.9655.

Tahap Rintangan:
0.9625
0.9655
0.9690

Tahap Sokongan:
0.9555
0.9515
0.9785

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan