logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 30 Oktober, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 30 Oktober, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 30 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan stabil dengan kecenderungan aliran menaik selepas mencecah tahap tinggi tiga minggu 108.97 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini disokong oleh sentimen dolar yang positif (Indeks Spot ICE terdahulu 85.98 berbanding 85.41 awal hari Rabu) selepas Rizab Persekutuan mengesahkan penamatan program pembelian obligasi bulanan dan penyampaian pernyataan dasar lebih-agresif daripada yang dijangkakan sebagai ia memberikan penilaian yang agak optimis dalam prospek pasaran tenaga kerja AS dan ekonomi. Pasangan USD/JPY juga disokong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 2.321% berbanding 2.284% hari Selasa), permintaan daripada pengimport Jepun dan perlonggaran ultra dasar monetari oleh Bank Jepun. Tetapi keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY diganggu oleh penjualan pengeksport Jepun, penjualan yen melintasi ditengah-tengah selera risiko yang berkurangan (tolok ketakutan VIX meningkat 5.28% kepada 15.15, S&P 500 ditutup 0.14% lebih rendah pada tahap 1.982.3 pada hari semalam) sebagaimana kebimbangan kenyataan dasar Fed terbariu telah memperbaharui kadar faedah yang lebih tinggi.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas 15 Ma hari dan kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 109.30 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 109.55. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 107.90. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 107.55. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 108.35.

Tahap Rintangan:
109.30
109.55
109.90

Tahap Sokongan:
107.90
107.55
107.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan