logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014

EUR/USD:Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat masih terperangkap dalam aliran penurunan harga: garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.2600 dengan mudah telah diuji. Sekiranya garisan sokongan ini berjaya ditembusi untuk aliran menurun, maka sasaran seterusnya mungkin akan berada pada garisan sokongan 1.2550.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014

USD/CHF: Aliran kenaikkan harga jelas dilihat sedang mendominasi pasaran. Julat peratusan Williams 20 kini berada di wilayah terlebih beli, yang mana ini menandakan bahawa pasaran dijangkakan akan bergerak ke tahap yang jauh lebih tinggi sebagaimana kekuatan yang terdapat di dalamnya, bahkan sekiranya terdapat penarikan semula harga sementara. EMA 11 kini dilihat berada di atas EMA 56 dan harga berada di atas kedua-dua tahap ini. Tahap rintangan 0.9550 berada di bawah pengepungan - rintangan seterusnya pada 0.9600 berpotensi untuk dicapai sekiranya rintangan yang terletak di tahap 0.9550 ini ditembusi untuk aliran menaik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014

GBP/USD: Pasangan mata wang ini juga sedang didagangkan dalam aliran menurun, sama seperti rakan sejawatannya, pasangan EUR/USD.  Aliran penurunan harga dalam pasaran telah menyebabkan Corak Pengesahan Penurunan Harga keliahtan di dalam carta. Prospek penurunan harga ini akan menjadi sangat kuat setelah wilayah pengumpulan pada tahap 1.5950 ini diuji.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014

USD/JPY: Kekuatan pada mata wang USD telah menolak pasangan USD/JPY untuk pergi ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini telah menjadikan perdagangan membeli sah, dan harga dilihat berpotensi untuk menguji tahap bekalan 109.00 pada hari ini atau minggu hadapan. Sementara itu, beberapa data ekonomi dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia mungkin akan memberikan terhadap pasasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014

EUR/JPY: Penurunan harga yang mendadak pada mata wang JPY telah mendorong harga untuk bergerak ke tahap yang tinggi untuk pasangan ini. Apabila harga menembusi tahap bekalan yang terletak pada 137.50 untuk aliran menaik, maka pasaran akan menjadi aliran kenaikkan harga sepenuhnya.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan