logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Oktober, 20142

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Oktober, 20142

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Oktober, 20142

Huraian Fundamental :

Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen USD yang positif (Spot ICE Indeks Dolar terdahulu 85.75 berbanding 85.39 awal bulan April) dengan kadar hasil Perbendaharaan AS yang mencatatkan kenaikkan lebih tinggi (10 tahun pada 2.219% berbanding 2.208% hari Selasa) selepas laporan IHP AS bagi bulan September juga merekodkan peningkatan sebanyak 0.1% sejajar dengan ramalan, kebimbangan yang kian menurun dikalangan para peserta pasaran mengenai penyebaran krisis deflasi, dasar kewangan dan juga penjualan mata wagng franc oleh Bank Negara Swiss sewaktu pasangan pada CHF/JPY melemah serta kelemahan mata wang EUR terhadap CHF.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD ada;ah aliran menurun, stokastik kini kian meningkat daripada zon terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9560 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9590. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9465. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9435. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9510.

Tahap Rintangan:
0.9560
0.9590
0.9625

Tahap Sokongan:

0.9465
0.9435
0.9390

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan