logo

FX.co ★ Gelombang #USDX untuk 23 Oktober, 2014

Gelombang #USDX untuk 23 Oktober, 2014

Indeks Dollar telah menembusi di atas rintangan awan Ichimoku dan di atas garisan aliran yang saya tunjukkan semalam. Namun pembetulan gelombang kompleks berkemungkinan akan berlaku sebelum kesinambungan aliran menaik jangka panjang ke tahap yang lebih tinggi lagi. Aliran menaik kekal mendominasi tetapi kita memerlukan lebih banyak lagi tanda-tanda kekuatan.

Gelombang #USDX untuk 23 Oktober, 2014

Garisan hitam = rintangan 


Indeks Dollar dilihat telah gagal untuk menembusi penarikan semula 38% dan itulah sebab utama yang mendorong saya untuk saya menyatakan perkiraan gelombang kompleks hari ini. Meskipun harga telah menembusi di atas garisan aliran hitam dan di atas awan Ichimoku, penarikan semula harga di dalam cloud akan meningkatkan kemungkinan perkiraan gelombang ini yang akhirnya akan membawa harga bergerak ke arah tahap 84.


Gelombang #USDX untuk 23 Oktober, 2014

Berdasarkan pada carta harian, saya ada menyatakan  bahawa corak kenaikkan harga flag telah kelihatan. Penembusan harga semalam berkemungkinan adalah palsu, oleh yang demikian kita harus lebih berhati-hati. Pengesahan penembusan harga akan keliahtan sekali sebaik sahaga harga berjaya menembusi di atas rintangan yang terletak di tahap 86.20. Gambaran jangka panjang saya masih lagi memihak kepada aliran menaik dan saya tidak melihat kejatuhan indeks ke tahap lebih rendah daripada 84-83.50. Sasaran aliran menaik saya berada pada tahap 90-93.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan