logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 21 Oktober, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Oktober, 2014

Harga emas melanjutkan lantunan menaik jangka pendek sebagaimana yang kami percaya bahawa lantunan pembetulan harga ini akan menjadi tidak menentu tidak lama lagi dan harga ditarik semula ke tahap lebih rendah. Sasaran jangka pendek berada di tahap $ 1,260-65 dan sasaran jangka panjang berada pada harga $ 1,150- $ 1,050.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Oktober, 2014

Garisan merah = rintangan 


Garisan biru = sokongan 


Harga emas kekal didagangkan dibawah awan Ichimoku dalam carta harian dan sudah tiba masanya sekarang untuk melihat apakah kita akan dapat melihat penolakan dan pembalikan harga. Ini adalah senario pilihan saya sebaik sahaja harga emas mencapai pada tahap $ 1,260-65. Saya percaya bahawa lantunan harga dari tahap $ 1,180 adalah pembetulan harga dan kita akan melihat perubahan arah aliran menurun segera dalam harga Emas yang pada akhirnya akan membawa harga didagangkan di bawah tahap $ 1,180.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Oktober, 2014

Garisan hijau = saluran harga

Berdasarkan pada carta 30 minit jangka pendek, kami mendapati bahawa harga emas kini sedang didagangkan di dalam saluran condong menaik dari tahap $ 1,230. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,240 akan mengesahkan pengakhiran aliran menaik sebagaimana harga diramalkan akan menembusi saluran condong menaik. Saya percaya bahawa aliran menaik ini akan menjunam ke tahap harga semasa dan saya lebih cenderung untuk mengambil pesanan menjual sebaik sahaja tahap sokongan ini ditembusi berbanding cubaan untuk mengambil pesanan membeli pada tahap harga semasa. Saya mendapati bahawa kenaikkan harga semasa terletak disekitar tahap $ 1,280.




*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan