logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014

EUR/USD: Pasangan mata wang ini pada dasarnya didagangkan dalam aliran menaik - pasaran menawarkan peluang membeli ketika terdapat penjualan dan dalam konteks aliran menaik. Fakta ini telah dinyatakan di dalam tindakan harga baru-baru ini dalam pasaran. Harga bagi pasangan mata wang ini berkemungkinan akan berakhir dengan ujian garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.2850, yang ditembusi sementara minggu lalu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014

USD/CHF: Pasangan mata wang ini pada dasarnya didagangkan dalam aliran menurun - pasaran menawarkan peluang menjual ketika terdapat pembelian dan dalam konteks aliran menurun. Fakta ini telah dinyatakan di dalam tindakan harga baru-baru ini dalam pasaran. Harga bagi pasangan mata wang ini berkemungkinan akan berakhir dengan ujian garisan sokongan yang terletak pada tahap 0.9400, yang ditembusi sementara minggu lalu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014

GBP/USD:  Mata wang Pound telah melanjutkan aliran menaik dengan mod yang perlahan dan mantap. Oleh itu, Corak Pengesahan kenaikkan harga kini kelihatan lebih kukuh di dalam pasaran. Wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.6200 berpotensi untuk diuji tidak lama lagi, dan apa yang harus terjadi, adalah sasaran seterusnya akan menjadi wilayah pengedaran di tahap 1.6250.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY kini dilihat sedang berusaha untuk melanjutkan pergerakkan menaik. Tindakan harga semasa dalam pasaran telah pun meletakkan prospek penurunan harga baru-baru ini dalam bahaya. Apa jua pergerakan harga di atas tahap bekalan 108.00 ini akan menyebabkan prospek yang kurang memberangsangkan baru-baru ini benar-benar sah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014

EUR/JPY:  Pasangan ini juga dilihat sedang berusaha untuk melanjutkan pergerakkan menaik sekaligus mengesahkan prospek penurunan harga. Kelihatan terdapat zon permintaan pada tahap 136.00, dan ada zon bekalan pada tahap 138.00. Dengan kesinambuangan pergerakkan menaik, zon bekalan yang terletak pada tahap 138.00 ini berpotensi untuk ditembusi minggu ini.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan