logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 30 Sep, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 30 Sep, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 30 Sep, 2014

Huraian Fundamental:


Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat dagangan. kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen EUR yang melemah, selera risiko pelabur yang kian berkurangan; kejatuhan yang lebih teruk berbanding ramalan telah dicatatkan di dalam laporan jangkaan indeks keyakinan pengguna Gfk di UK yang mencatatkan bacaan -1.0 pada bulan September daripada +1.0 pada bulan Ogos (berbanding ramalan 0.0), dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, aliran penurunan harga bagi pasangan GBP/JPY ini telah dihadkan oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan permintaan tinggi bagi pasangan USD/JPY dan juga ekoran daripada permintaan mata wang sterling sewaktu pasangan GBP/NZD mengukuh serta jangkaan kenaikan kadar dari Bank of England pada awal tahun 2015.


Ulasan Teknikal:
Carta harian masih berkecenderungan aliran menurun sebagaimana MACD dan Stokastik adalah penurunan harga.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 176.75; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 175.80. Titik pangsi kekal berada pada tahap 178.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 179.15 dan sasaran kedua pada tahap 179.90.

Tahap Rintangan:
179.15
179.90
180.35

Tahap Sokongan:
176.75
175.80
175.30

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan