logo

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 23 September, 2014

Analisis Harian USDX untuk 23 September, 2014

Carta Harian: Indeks USDX mempunyai momentum kenaikkan harga pada tahap sokongan 84.29, sebagaimana indeks ini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak kenaikkan harga. Sekiranya Indeks USDX berjaya membuat penembusan harga pada tahap 85.18, sasaran seterusnya terletak di tahap 86.20 dalam jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, USDX boleh mula melakukan pergerakan pembetulan harga. Petunjuk MACD kini sedang memasuki zon terlebih beli. 


Analisis Harian USDX untuk 23 September, 2014

Carta 4H: Indeks USDX ini dilihat telah membentuk fraktal pada sokongan yang terletak di tahap 84.52, oleh yang demikian USDX kini sedang cuba untuk membuat penembusan harga pada tahap rintangan 85.06 bagi membolehkan Indeks USDX ini meningkat sehingga mencecah ke tahap 86.15. Walau bagaimanapun, jika USDX mengukuh di bawah tahap 84.52, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 84.15, di mana garisan aliran menaik berada. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral. 


Analisis Harian USDX untuk 23 September, 2014


Carta 1H: Indeks USDX kelihatan telah membuat lantunan semula pada tahap sokongan 84.60 dan kini, USDX telah membentuk fraktal pada tahap rintangan 84.81. Sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi pada tahap ini, maka sasaran seterusnya adalah pada tahap 85.03. Petunjuk MACD kini dilihat sedang bergerak ke arah wilayah negatif.

Analisis Harian USDX untuk 23 September, 2014


Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 84.81, take profit di tahap 85.03, dan stop loss pada tahap 84.59.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan