logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 23 September, 2014

Analisis Harian GBP/USD untuk 23 September, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD kelihatan telah membuat penarikan semula harga pada rintangan yang terletak di tahap 1.6447, oleh yang demikian, pasangan kini sedang cuba untuk mengukuh di atas tahap sokongan 1.6326 ke tahap 1.6447. Jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat ke tahap 1.6540 dalam dagangan jangka pendek. Walau bagaimanapun, pasangan ini dilih masih mengukuh dalam kecenderungan aliran menaik semasa. Petunjuk MACD kini berada didalam wilayah positif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 23 September, 2014

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat lantunan semula harga pada garisan aliran menurun di atas tahap 1.6255. Jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap 1.6370, maka sasaran yang seterusnya didapati terletak pada tahap 1.6435, yang mana tahap ini terletak berhampiran dengan purata pergerakkan 200-hari. Pasangan ini berkemungkinan akan dapat menembusi rintangan pada purata pergerakkan 200-hari. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.

Analisis Harian GBP/USD untuk 23 September, 2014


Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi tahap 1.6338 dengan jayanya, dan pasangan GBP/USD kini sedang cuba untuk membuat penembusan harga pada tahap 1.6375. Sekiranya berhasil, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat sehingga mencecah ke tahap 1.419. Petunjuk MACD kekal berada didalam wilayah positif.


Analisis Harian GBP/USD untuk 23 September, 2014


Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6375, take profit di tahap 1.6419, dan stop loss pada tahap 1.6329. 

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan