logo

FX.co ★ Ramalan Mingguan dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/USD untuk 15 September, 2014

Ramalan Mingguan dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/USD untuk 15 September, 2014

Ramalan Mingguan dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/USD untuk 15 September, 2014


Pasangan mata wang ini dilihat telah mencecah penembusan garisan aliran 5 tahun pada minggu lalu, walau bagaimanapun pasangan ini telah berjaya untuk menutup di atas tahap tersebut. Pound mempunyai zon sokongan yang terletak di antara tahap 1.6050-1.6038. Aliran menaik berjaya menutup di atas 200WEma 1.6209 pada minggu lalu. Sokongan mingguan berada pada tahap 1.6050 dan sokongan bulanan pula terletak di tahap 1.60 (200WSMA). Tahap penentuan aliran jangka pendek terletak pada tahap 1.60, di bawah tahap ini, kita boleh mengharapkan kesinambungan aliran penurunan harga segara ke tahap yang lebih rendah 100-150 pips dan kemudian 300 pips, ke tahap 1.57. 


Ramalan Mingguan dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/USD untuk 15 September, 2014



Pasangan mata wang ini mempunyai zon rintangan yang terletak di antara tahap 1.6280-1.6283, di atas tahap ini, harga berpotensi untuk melonjak naik sehingga ke tahap 1.6431 (20Dsma). Sehingga pasangan itu menutup di atas tahap 1.6431 pada asas harian, mengambil pesanan menjual akan memberikan keuntungan kepada para pedagang. Pada Khamis ini, referendum Scotland akan memberi tekanan permintaan untuk paun ke arah sasaran aliran menurun. Untuk minggu ini, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.62 atau para pedagang boleh menunggu penarikan semula harga dan menjual pada tahap yang lebih tinggi.


Sokongan 1.6232, 1.6198-1.6190, 1.6179

Ambil pesanan menjual dibawah tahap 1.6232

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan