logo

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 29 Ogos, 2014

Analisis Harian USDX untuk 29 Ogos, 2014

Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membuat penarikan semula harga pada tahap rintangan 82.51, kerana USDX kini terletak di wilayah terlebih beli di dalam carta harian. Oleh yang demikian, harga berpotensi untuk membuat pergerakan pembetulan. Jika USDX berjaya untuk menembusi pada tahap sokongan 81.50, maka harga diramalkan akan jatuh hingga ke purata pergerakkan 200-hari. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif. 


Analisis Harian USDX untuk 29 Ogos, 2014


Carta 4H: Indeks USDX ini telah membentuk fraktal berhampiran pada tahap 82.60, oleh yang demikian, Indeks USDX ini berpotensi untuk jatuh sehingga mencecah ke tahap sokongan yang ditawarkan oleh garisan aliran menaik berhampiran pada tahap 82.00. USDX kekal didagangkan di atas purata pergerakkan 200-hari dan penunjuk MACD sedang menuju ke wilayah positif. 


Analisis Harian USDX untuk 29 Ogos, 2014

Carta 1H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak kenaikkan harga dibawah rintangan yang terletak pada tahap 82.50. Sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi pada tahap harga tersebut, maka ia akan mensasarkan pergerakkan menuju ke arah tahap 82.67, dengan itu ia akan mengukuhkan aliran menaik urusniaga harian. Penunjuk MACD kini berada didalam wilayah neutral.


Analisis Harian USDX untuk 29 Ogos, 2014


Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 82.50, take profit di tahap 82.67, dan stop loss pada tahap 82.34.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan