logo

FX.co ★ Analisis teknikal #USDX untuk 28 Ogos, 2014

Analisis teknikal #USDX untuk 28 Ogos, 2014

Meskipun indeks Dolar kekal didagangkan di dalam saluran condong aliran menaik yang bermula pada tahap 79.75 dan walaupun aliran jangka pertengahan kekal menaik, kami ada menyatakan pada hari semalam bahawa terdapat beberapa tanda-tanda perubahan arah aliran yang berkemungkin di atas tahap 82.50 yang mana ia akan menolak indeks USDX ke tahap yang lebih rendah lagi. 


Analisis teknikal #USDX untuk 28 Ogos, 2014

Pada hari semalam, saya ada menyebutkan bahawa isyarat menjual akan segera dinyatakan sebaik sahaja harga menembusi garisan aliran menaik condong hijau. Sementara itu, harga didapati telah menembusi di bawah sokongan awan Ichimoku pada tahap 82.35. Ia kelihatan seolah-olah Indeks USDX ini berpotensi untuk menolak ke tahap yang lebih rendah ke arah 38% Penarikan Semula Fibonacci sekurang-kurangnya di tahap 82.20. Pergerakan harga untuk dagangan jangka pendek adalah di dalam saluran kecil yang condong menurun dan saya begitu percaya bahawa dolar akan terus melemah.

Analisis teknikal #USDX untuk 28 Ogos, 2014

Carta harian kekal positif sebagaimana harga kekal didagangkan di atas awan Ichimoku dan didalam saluran hijau. Walau bagaimanapun, harga didapati benar-benar hampir dengan sempadan saluran menaik dan penolakan harga adalah merupakan petanda bahawa terdapat pembalikan harga yang kuat semalam dan para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa aliran menaik dan meningkatkan kedudukan Stop Loss mereka ke tahap yang lebih tinggi. Seperti yang saya sebutkan semalam, saya lebih suka untuk menjadi neutral atau menurun daripada pesanan membeli pada tahap harga semasa. Terdapat 'confluence' tahap sokongan Fibonacci pada 81,60 dan saya beranggapan bahawa ia adalah sangat mungkin untuk melihat penarikan semula harga yang kuat pada tahap harga ini. Buat masa ini, aliran penurunan harga perlu menembusi di bawah tahap 82.20 dan aliran menaik perlu menembusi pada tahap 82.50.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan