logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Emas untuk 28 Ogos 2014

Analisis Gelombang Emas untuk 28 Ogos 2014


Harga emas tidak membuat sebarang pergerakan yang ketara pada hari semalam. Ia kekal didagangkan di atas sokongan jangka pendek dan di bawah rintangan. Pandangan kami kekal positif sebagaimana Emas perlu melantun dengan kuat ke arah harga $ 1,350 dari tahap sokongan semasa. 


Analisis Gelombang Emas untuk 28 Ogos 2014

Harga emas dilihat telah berjaya menembusi pada saluran penurunan harga berwarna hijau. Harga telah mula membuat tahap tinggi jangka pendek yang lebih tinggi dan corak tahap rendah yang lebih tinggi diantara tahap $ 1,280- $ 1,290. Sokongan bagi komoditi ini didapati terletak pada tahap $ 1,280. Penembusan harga di bawah tahap tersebut akan menyebabkan tahap harga $ 1,270 dalam bahaya. Rintangan pula didapati terletak pada tahap harga $ 1,291-94. Penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong harga emas untuk bergerak menuju ke arah $ 1,305-10.

Analisis Gelombang Emas untuk 28 Ogos 2014

Gambaran jangka panjang kami dinyatakan dalam carta harian di atas. Emas kelihatn masih berada di dalam pembentukan segi tiga mendatar yang besar dan kita perlu melihat sekurang-kurangnya satu lagi pergerakkan menaik akhir pada harga $ 1,340-50. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,270 ini akan menjadi isyarat kelemahan untuk aliran kenaikkan harga dan akan membuka jalan bagi ke tahap yang lebih rendah sehingga mencecah ke tahap $ 1,200.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan