logo

FX.co ★ Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/JPY untuks 28 Ogos, 2014

Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/JPY untuks 28 Ogos, 2014

GBP/JPY

Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian GBP/JPY untuks 28 Ogos, 2014

Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi 20DSma sewaktu sesi dagangan semalam dan harga telah ditutup di atas tahap tersebut. Sehingga kini, harga didapati telah membuat tahap rendah pada tahap 172.06. Pasangan mata wang ini juga mempunyai rintangan kuat yang terletak pada tahap 173. Untuk dagangan jangka masa pendek, sehingga pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap 173, maka mengambil pesanan menjual sewaktu aliran menaik akan memberikan keuntungan kepada para pedagang. Pada asas urusniaga mingguan pula, jika pasangan mata wang ini menutup diatas 172.40, maka adalah diramalkan bahawa akan terdapat beberapa penarikan semula harga. Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini akan mempunyai sokongan yang terletak di tahap 172; dimana penutupan harian di bawah tahap ini berpotensi untuk membawa kepada pesanan menjual sehingga ke tahap 171.63 dan 171 dalam tempoh terdekat. 


Sokongan ditetapkan masing-masing pada tahap 171.90, 171.63, dan 171. 


Rintangan pula terletak pada tahap 173, 173.50, dan 174.25. 


Untuk asas urusniaga harian, harga telah menembusi dasar pada 12ema dan 21hrsma. Pasangan ini mempunyai sokongan yang terletak di tahap 172.06-171.90. Sehingga harga didagangkan di bawah garisan aliran menurun, ambil pesanan menjual sewaktu aliran menaik.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan