logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 31 Julai, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 31 Julai, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 31 Julai, 2014Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 31 Julai, 2014

Sebagaimana pasangan mata wang USD/CAD ini telah gagal untuk menunjukkan momentum yang mencukupi di atas tahap 1.1200 ketika kunjugan akhir 20 Mac yang lalu, pasangan mata wang ini  telah pun didagangkan dalam aliran menurun dalam saluran penurunan yang digambarkan, berjaya untuk menolak harga bergerak menuju ke arah zon harga diantara 1.0910-1.0850 (50-61.8% tahap Fibonacci pada carta harian) dimana pasangan telah mewujudkan zon kesesakkan yang menonjol.  



Pasangan mata wang USD/CAD ini mempunyai rintangan yang kuat di sekitar tahap 1.0910-1.0950 yang mana ia akan membolehkan pasangan untuk melanjutkan momentum penurunan yang berterusan apabila penembusan penurunan harga berlaku.  


Pasangan mata wang ini telah menembusi sasaran unjuran penurunan harga yang terletak pada tahap 1.0725 dan 1.0685 (had yang lebih rendah pada saluran penurunan harga yang berterusan).


Seperti yang dijangkakan, aksi kenaikkan harga ditunjukkan pada ujian semula pada 1.0630 yang mana ia adalah merupakan kedudukan asal kenaikkan harga impulsif yang telah dimulakan pada Disember 2013.


Seperti yang diramalkan, pesanan MEMBELI telah dicadangkan. Unjuran sasaran terletak di sekitar tahap 1.0750 dan 1.0820. 


Pasangan mata wang USD/CAD didapati mempunyai rintangan yang kuat di sekitar tahap 1.0830 (tahap Fiboancci 61.8%) yang mana ia telah ditembusi untuk aliran menaik pada cartalilin harian Selasa. 


Zon harga yang terletak di sekitar 1.0940 (Tahap Fiboancci 50%) kekal sebagai tahap rintangan yang paling hampir bagi pasangan. Penolakan penurunan harga diramalkan akan berlaku semasa ujian semula harga terutamanya selepas terdapat kenaikkan harga yang ketara ke tahap 1.0710. 


Sementara itu, tahap harga 1.0775 kekal sebagai tahap sokongan yang paling hampir untuk ditembusi oeleh pasangan sebagaimana kemasukan pesanan MEMBELI yang sah boleh diambil dengan Stop Loss ditetapkan di bawah harga 1.0715.




*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan