logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 31 Julai, 2014

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 31 Julai, 2014

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 31 Julai, 2014

Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:

R3: 138.11

R2: 138.05

R1: 137.85

Spot Semasa : 137.77

S1: 137.56

S2: 137.25

S3: 136.98

Rumusan Teknikal:

Kami mendapati bahawa terdapat aliran kenaikkan harga yang kuat pada pasangan USD/JPY, yang mana ia sudah pasti akan memberikan kesan terhadap pasangan mata wang ini. Penembusan harga di atas tahap rintangan 137.25 menandakan bahawa gelombang iv merah masih lagi belum berakhir dan kita harus menjangkakan gelombang iv merah akan bergerak lebih hampir ke tahap 138.05 sebelum ia akhirnya benar-benar selesai. Gelombang iv merah tidak seharusnya bergerak di atas tahap 138.11, yang mana ia akan menandakan bahagian bawah gelombang merah i. Selain itu, gelombang satu dan empat tidak sepatutnya bertindih antara satu sama lain berdasarkan pada Prinsip Gelombang Elliott. 


Kami akan mencari kenaikkan gelombang iv merah yang terletak pada tahap 138.05 bagi membolehkan pasangan mata wang ini menembusi di bawah sokongan 137.56. Lebih penting lagi, penembusan harga di bawah tahap 137.25 akan memanggil pesaran penurunan harga untuk melanjutkan pergerakkan menuju ke arah tahap 135.49 untuk menamatkan gelombang iii. Untuk dagangan jangka masa yang lebih panjang, kita masih mencari penurunan harga ke arah tahap 134.34 untuk menamatkan gelombang pembetulan C dari tahap 145.69.

Cadangan Perdagangan:

Kedudukan Stop loss yang terletak pada tahap 137.30 telah pun ditembusi untuk sedikit kerugian. Kami akan menjual EUR sekali lagi pada tahap 138.00 atau sebaik sahaja harga menemusi  di bawah tahap 137.56 dengan kedudukan Stop Loss terletak pada tahap 138.25.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan