logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/GBP untuk 31 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/GBP untuk 31 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/GBP untuk 31 Julai, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/GBP dilihat telah hanyut ke tepi di antara tahap 0.7900 dan 0.7920/30 sepertimana yang dapat anda perhatikan di sini, untuk beberapa sesi dagangan. Pasangan mata wang ini diramalkan akan menembusi di atas tahap 0.7930 bila-bila masa sekaligus akan mempercepatkan pergerakkan harga menuju ke arah tahap 0.7980 dan 0.8045 seperti yang digambarkan di sini. 


2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini didapati terletak pada tahap 0.7900 (julat), dan diikuti dengan tahap 0.7860/70 (interim) dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 0.7980, dan diikuti masing-masing dengan tahap 0.8030/40 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi lagi. 


3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/GBP kelihatan seolah-olah akan  diterbalikkan aliran sekurang-kurangnya untuk dagangan jangka pendek. Penembusan harga di atas tahap 0.7980 akan mengesahkannya.


Cadangan Perdagangan:

Ambil pesanan membeli pada masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap 0.7850, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan