logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 31 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 31 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 31 Julai, 2014

 Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/JPY ditolak menghampiri ke tahap 138.00 seperti yang dapat diperhatikan di sini. Adalah diingatkan kepada para pedagang bahawa kawasan ini adalah merupakan tahap sokongan terdahulu yang mana ia kini bertindak sebagai zon rintangan dan reaksi penurunan harga/penarikan semula harga adalah diramalkan. Walau bagaimanapun, tahap 138.20 ini berkemungkinan akan menjadi optimum untuk pesanan menjual sekali lagi. 


2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 136.40/50 (interim), dan diikuti oleh tahap 136.10/20, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 138.50, dan diikuti masing-masing dengan tahap 139.30, 140.00 dan seterusnay tahap yang lebih tinggi. 


3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY berkemugkinan akan menjunam ke tahap yang lebih rendah setelah harga menembusi pada tahap 138.20.

Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa sekarang. Perhatikan peluang untuk menjual pada tahap yang lebih tinggi.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan