logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah menguji garisan sokongan 1.3450, selepas harga telah jatuh sedikit. Harga berpotensi untuk menguji semula garisan sokongan dan berkemungkinan akan menembusinya untuk aliran menurun. Sementara itu, garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3500 dan 1.3550 akan menjadi halangan yang sukar untuk sebarang percubaan menaik di sepanjang jalan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014

USD/CHF: Sebagaimana pasangan mata wang ini telah berjaya sokongan yang terletak pada tahap 0.9000 untuk aliran menaik, pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya untuk kekal mengukuh di atas tahap ini. Pasangan mata wang kini dilihat sedang membuat beberapa usaha untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi, walaupun mungkin akan terdapat penarikan semula harga di sepanjang jalan. Penarikan semula harga diramalkan akan menguji tahap sokongan 0.9000. Sasaran seterusnya untuk aliran menaik terletak pada tahap rintangan 0.9050.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014

GBP/USD:  Pasangan mata wang telah melanjutkan aliran penurunan harga ekoran daripada kelemahan yang jelas di dalam pasaran. Harga berpotensi untuk menembusi wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.6950; malah harga juga berkemungkinan akan bergerakke tahap yang lebih rendah, pergi ke arah wilayah pengumpulan yang seterusnya pada tahap 1.6900.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014

USD/JPY:  Tidak seperti kebanyakan pasangan mata wang yang lain, pasangan USD/JPY ini tidak jatuh dengan serius kerana pengukuhan dolar AS. Pergerakkan menaik dalam pasaran telah menyebabkan Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam carta. Harga berpotensi untuk menguji tahap bekalan 102.00, dan harga berpotensi untuk menutup di atas tahap tersebut.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014

EUR/JPY: Merujuk pada carta di atas, pasangan mata wang ini menunjukkan penurunan harga yang besar di sebalik kenaikan harga pada masa sekarang. Kenaikkan harga ini akan menjadi peluang yang baik kepada para pedagang untuk menjual, dengan syarat harga tidak menembusi di atas zon bekalan pada tahap 137.50.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Julai, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan