logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Julai, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Julai, 2014

Pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk corak rendah yang lebih rendah sejak empat hari yang lalu. Corak perdagangan intraweek adalah diantara tahap 172.60-173.80. Untuk aliran menurun, sekiranya pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 172.60, maka harga berpotensi untuk jatuh hingga ke tahap 172.36, 172.10, 171.70, 170.95 dan 170.70. Bagi aliran menaik pula, jika pasangan mata wang ini menembusi rintangan yang terletak pada tahap 173.80, maka harga berkemungkinan besar akan melonjak naik hingga mencecah ke tahap 174, 174.27 dan 174.50. 



Selagi pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tahap 137.80, maka aliran mingguan akan memihak kepada penurunan harga. 


Selagi pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tahap 174.55, maka aliran bulanan akan memihak kepada penurunan harga. 


Tahap sokongan mingguan terletak pada harga 172.60 (DSma 50). 


Pada asas urusniaga harian, pasangan mata wang kini sedang didagangkan di bawah purata pergerakkan setiap jam. Pasangan mata wang ini mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 173.50 (SMA 34 Hr) dan 173.60 (Tahap tinggi 18 Julai). Tahap sokongan yang paling hampir dengan pasangan mata wang ini didapati berada pada tahap 172.94, 172.80 dan 172.69. Penembusan harga di bawah tahap 172.69, akan mendorong harga untuk melanjutkan pergerakkan penurunan harga ke arah tahap 172.36 dan 172.10.


Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dibawah tahap 172.99 atau mengambil pesanan membeli dengan menetapkan kedudukan sl pada tahap 172.99, camp 173.15.


Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Julai, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Julai, 2014

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan