logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 22 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 22 Julai, 2014

Huraian Umum untuk 22/07/2014 08:30 CET

Sebagaimana yang diramalkan pada hari semalam, pasaran kini sedang berada di dalam kitaran pembetulan menaik gelombang hijau c atau gelombang alt: (iv). Pada masa ini, pasangan mata wang ini dilihat sedang didagangkan hanya di bawah pangsi mingguan pada tahap 137.32, dan ia akan bertindak sebagai rintangan pada tahap ini. Selain itu, rintangan yang seterusnya untuk pasaran adalah rintangan urusniaga harian yang terletak pada tahap 137.41. Garisan aliran emas rintangan dinamik juga terletak di atas tahap tersebut. Aliran menaik kelihatan seolah-olah cukup terhad. Harga diramalkan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah dalam tempoh masa yang terdekat ini. Para pedagang diingatkan bahawa mana-mana penembusan harga di atas tahap 137.50 ini akan membatalkan perkiraan alternatif hijau. 


Sokongan/Rintangan:

139.05 - WR2

138.43 - Tahap Tinggi Gelombang  4

137.91 - WR1

137.48 - 137.63 - Rintangan Teknikal

137.32 - Pangsi Mingguan

137.41 - Rintangan Urusniaga Harian

136.76 - Sokongan Urusniaga Harian

136.17 - WS1

136.07 - Tahap Sasaran Gelombang alt.(v) 

Cadangan Perdagangan:

Tindakan harga semasa menyatakan pembetulan harga yang amat jelas dan harga diramalkan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah dalam tempoh masa yang terdekat. Oleh yang demikian, day traders disarankan untuk mengambil pesanan menjual dari tahap harga semasa, dengan menetapkan SL di atas tahap 137.64 dan TP di bawah tahap 13690.

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 22 Julai, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan