logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 22 Julai, 2014

Analisis Harian GBP/USD untuk 22 Julai, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat sedang meneruskan pergerakkan menurun dan tahap sokongan 1.7000 kini semakin hampir dengan pasangan mata wang ini, oleh itu adalah dinasihatkan untuk mengikuti kecenderungan penurunan harga GBP/USD. Walau bagaimanapun, para pedagang harus diingatkan bahawa pasangan mata wang ini berpotensi untuk mula membentuk corak penurunan harga bagi membolehkan harga mencuba dan menembusi pada tahap sokongan. Petunjuk MACD adalah negatif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 22 Julai, 2014

Carta 4H: Pasangan mata wang ini terus mendapat sokongan pada tahap 1.7062. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini berpotensi untuk menembusi pada tahap tersebut dan jatuh ke tahap sokongan 1.6995, tahap di bawah SMA 200. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif, namun ia kini sedang memasuki wilayah neutral.

Analisis Harian GBP/USD untuk 22 Julai, 2014

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat tidak mempunyai perubahan yang ketara semasa sesi dagagan hari semalam, sebagaimana pasangan mata wang ini sedang bergerak dalam julat di bawah SMA 200 dan rintangan yang terletak pada tahap 1.7100. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.7050, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.7000, yang mana ia membawa pasangan mata wang ini untuk kekal mengukuh dalam aliran menurun untuk beberapa hari lagi. Petunjuk MACD kini berada di wilayah neutral.

Analisis Harian GBP/USD untuk 22 Julai, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan  pada tahap 1.7050, take profit di tahap 1.7000, dan stop loss pada tahap 1.7100.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan