logo

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 16 April, 2014

Analisis Teknikal #USDX untuk 16 April, 2014

Indeks Dollar melantun daripada tahap 79.30 dan menembusi sasaran kami yang terletak di tahap 79.85 pada hari semalam hanya untuk ditolak oleh Ichimoku Cloud sekali lagi. Rintangan yang kuat terletak pada tahap 79.90-80 dan aliran menaik kelihatan berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi di atas tahap ini.

Analisis Teknikal #USDX untuk 16 April, 2014

Pada hari ini, saya percaya bahawa Indeks Dolar berkemungkinan besar akan ditarik semula ke arah bawah menuju ke tahap 79.50. Aliran dagangan jangka pendek dan panjang kekal ke arah bawah. Lantunan menaik daripada tahap 79.30 berkemungkinan hanyalah lantunan pembetulan dan saya merasakan bahawa indeks dolar lebih cenderung ke arah tekanan menjual bagi membolehkan ia muncul semula. Penembusan harga di bawah tahap harga 79.70 akan menjadi lebih pasti apabila harga menuju ke arah tahap 79.50 dan mungkin juga ujian semula harga pada tahap sokongan 79.30-.20.

Analisis Teknikal #USDX untuk 16 April, 2014

Berdasarkan pada carta harian, indeks Dollar dilihat telah gagal untuk menembusi pada mana-mana tahap rintangan penting. Untuk menukar aliran dagangan jangka panjang ke arah atas, indeks dolar perlu menembusi di atas tahap 81.50. Untuk menukar aliran dagangan jangka pendek dan jangka pertengahan ke arah atas pula, indeks Dolar perlulah menembusi di atas tahap 80.70 dan 80. Pada masa ini, aliran harga masih ke arah bawah. Harga kini berada di bawah kedua-dua Ichimoku Cloud dan garisan aliran hadir dari tahap 81.30. Penembusan harga di bawah tahap 79.30-.20 adalah sangat lemah untuk mata wang USD.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan