logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 16 April, 2014

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 16 April, 2014

Inflasi British jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat tahun pada bulan Mac, mengurangkan tekanan ke atas taraf hidup dan meningkatkan prospek bahawa harga kini berpotensi untuk meningkat kurang daripada gaji untuk kali pertama dalam temmpoh beberapa tahun. Data pada hari Selasa menunjukkan bahawa inflasi harga pengguna menurun kepada 1.6 peratus pada bulan Mac berbanding 1.7 peratus pada bulan Februari - paras terendah sejak Oktober 2009, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan.



Laporan mengenai gaji dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, ia dijangkakan akan menunjukkan pertumbuhan pada pendapatan purata kepada 1.8 peratus daripada 1.4 peratus. yang mana sekiranya ini adalah benar, ia akan akan menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya gaji mengatasi inflasi sejak April 2010, gaji British kebiasaanya meningkat sebanyak kira-kira 4-5 peratus setahun sebelum krisis kewangan, tetapi sejak pertengahan tahun 2008, kebanyakannya mencatatkan kenaikkan kurang daripada inflasi.


Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 1.6820. Pasangan mata wang ini telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.67 dan menghadapi rintangan pada tahap 1.6750. Pada masa ini, harga sedang didagangkan di antara tahap 1.67-1.6750. Penembusan harga pada mana-mana bahagian akan membolehkan harga meneruskan pergerakkan. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di atas band 1.6750, maka adalah diramalkan bahawa harga akan melonjak hingga ke tahap 1.6787 dan 1.6820. Pada sebelah bawah, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan pada tahap 1.67 , 1.666 dan 1.6640. Tahap 1.6640 ini adalah sangat penting bagi aliran menaik, sekiranya tahap ini ditembusi, maka ia kemudianya akan menembusi pada tahap 1.6570 dan 1.6550.


Analisis Teknikal GBP/USD untuk 16 April, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan