logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 16 April, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 16 April, 2014

Harga emas jatuh selepas data inflasi AS mencecah jumlah ramalan dan Rizab Persekutuan berkata bahawa ia akan meneruskan rancangannya untuk pengurangkan rangsangan monetari bulanan. Tindakan ini cenderung untuk kenaikkan kadar faedah, menjadikan Dolar Amerika Syarikat sebagai mata wang pelaburan yang lebih baik. Sementara itu, isu-isu geopolitik seperti  ketegangan yang tercetus di Ukraine telah menyebabkan para pedagang melihat 'safe haven' seperti emas. Sebab itulah emas merosot dan mencari tahap sokongan untuk melonjak naik. 



Ulasan-


Emas telah didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap $ 1,390. Dalam sesi dagangan semalam, harga telah jatuh dengan teruk, tetapi ia kelihatan seperti teknikal. Jika kita melihat pada corak dagangan emas pada hari semalam, kita mendapati bahawa harga telah jatuh dengan ketara akibat daripada data fundamental dan kemerosotan ini juga telah didorong oleh teknikal. Sekiranya kita merujuk formula matematik di bawah, emas telah melakukan apa yang sepatutnya.


Formulanya adalah seperti yang berikut:

Tahap Rendah - Tahap Tinggi = Mata ayunan

$1,300.60-$1,330.70=30.10

Mata ayunan - penembusan harga (Tahap 1,318 pada hari semalam)

30.10-$1,317.70= $1,287.60

Analisis Teknikal Emas untuk 16 April, 2014

Tahap rendah semalam terletak pada tahap $1,287, dan emas telah menutup di atas tahap harga $ 1,300. Ekoran daripada ketegangan yang tercetus di Ukraine, perhatian para pedagang kini dilihat tertumpu kepada ucapan pengerusi Fed, Janet Yellen mengenai dasar monetari dan ekonomi AS, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini di Kelab Ekonomi New York. Ketegangan geopolitik menyokong emas untuk pulih daripada tahap yang lebih rendah. Selagi emas menutup di atas $ 1,300 (SMA200), maka anda disarankan untuk tidak mengambil pesanan menjual bagi asas 'positional'. 


Gambaran Teknikal-


Para pedagang boleh mengambil pesanan membeli baru di atas tahap $ 1,304 dengan sl di tahap $ 1,300 pada asas penutupan. Aliran kenaikkan harga kini telah kembali ke landasan sepenuhnya dan kini berada hanya di atas tahap tinggi 14 April, iaitu pada tahap $ 1,330 peringkat. Di sebelah atas,  emas diramalkan akan menghadapi rintangan pada tahap $ 1,309, $ 1,317 (SMA50), $ 1,326 (EMA200), dan pada tahap $ 1,330.0. Sehari selepas penutupan harian di atas tahap $ 1,327, aliran kenaikkan harga dijangkakan akan mendominasi sepenuhnya  dan emas akan bergerak naik hingga ke tahap $ 1,342 dan $ 1,359.



Analisis Teknikal Emas untuk 16 April, 2014

Di sebelah bawah, jika emas gagal untuk menutup di atas tahap harga $ 1,330, maka kita perlu menganalisis semula carta harian. Dalam senario ini, emas akan mempunyai sasaran terbuka ke tahap $ 1,215 dengan sokongan pertengahan dan penarikan semula harga. SOkongan paling hampir dilihat terletak pada tahap $ 1,285.4 dan $ 1,277.40. Para pedagang berisiko boleh mengambil pesanan membeli semsa urusniaga harga rendah hingga emas menembusi pada tahap $ 1,277. Penurunan harga ketara yang seterusnya akan berlaku di bawah tahap $ 1,277 menuju ke arah tahap $1,261, $ 1,251 dan $ 1,236.5.

Analisis Teknikal Emas untuk 16 April, 2014

Urusniaga harian-

Emas kini sedang didagangkan di atas tahap $ 1,300. Dalam sesi dagangan Asia, emas didagangkan pada tahap $ 1,302. Emas berhadapan dengan rintangan pada tahap $ 1,304 (Tahap Fib. 38.2). Pergerakkan menaik urusniaga harian baru akan mengambil tempat di atas $ 1,304 ke tahap $ 1,306.50, $ 1,310.75 dan $ 1317 dalam perdagangan urusniaga harian dan BTST. Semasa sesi perdagangan semalam, kami mensyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap $ 1,318 untuk urusniaga harian dan STBT, ia berjalan dengan baik. Para pedagang boleh mengambil pesanan membeli dengan CMP atau ayunan dengan sl ditetapkan pada tahap $ 1,300 pada asas penutupan. Bagi para pedagang berisiko, ambil pesanan membeli pada tahap rendah semalam dengan sl terletak pada tahap $ 1,277 pada asas penutupan.

Sokongan bagi Emas dilihat terletak pada tahap $1,299, $1,293 dan $1,285.

Cadangan Perdagangan: Urusniaga harian + BTST.

Safe Traders-

Ambil pesanan membeli di atas tahap $1,304 dengan menetapkan sasaran pada tahap $1,306.50, $1,310.75, dan $1,317.


Ambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah adalah merupakan strategi terbaik bagi urusniaga harian + btst

Positional traders-

Ambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah dengan menetapkan SL pada tahap $1,277 pada cb- sasaran akan dimaklumkan kelak.

Ambil pesanan menjual pada tahap $1,277 for $1,261, $1,251 dan $1,236.5.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan