logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 15 April, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 15 April, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 15 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah dirangsang oleh sentimen dolar yang positif (Spot Indeks Dolar ICE yang terakhir 79.75 berbanding 79.60 awal hari Isnin) lebih kukuh berbanding ramalan, kenaikkan sebanyak 1.1% telah dicatatkan di dalam laporan penjualan runcit AS bagi bulan Mac, keuntungan terbesar yang direkodkan sejak September 2012 (berbanding ramalan yang hanya mengunjurkan kenaikkan sebanyak +0.8% ). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi, permintaan dari pengimport Jepun dan dana pembiayaan perdagangan yen sebagaimana sentimen risiko global yang kian bertambah baik (Tolok ketakutan VIX susut 5.4% kepada 16.11; S&P meningkat 0.82% semalaman) kesan daripada kenaikkan Citigroup bagi Suku Pertama dan kenaikkan jualan runcit AS. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah terjejas ekoran daripada penjualan pengeksport Jepun, jangkaan yang berkurangan terhadap perlonggaran oleh Bnak Jepun dan kebimbangan para pelabur mengenai krisis di Ukraine.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat bercampur-campur sebaagimana MACD adalah penurunan harga, walau bagaimana stokastik akan bertukar kepada aliran menaik di zon terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.45; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.30. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.65 dan sasaran kedua pada tahap 103.

Tahap Rintangan:
102.65
103
103.25

Tahap Sokongan:
101.45
101.20
100.80

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan