logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 15 April, 2014

Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 15 April, 2014

Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 15 April, 2014

AUD/USD Gelombang Elliott

Selepas beberapa minggu didagangkan dalam aliran menaik, di dalam trend menaik yang kukuh, pasangan mata wang AUD/USD kini telah memulakan dagangan pada minggu ini dengan pengukuhan aliran mendatar. Berdasarkan pada carta 1 jam pasangan, kami mendapati bahawa terdapat sedikit perubahan pada perkiraan utama kami. Selain daripada memanggil gelombang C (berwarna merah) yang telah selesai, pengukuhan harga ini juga sudah mula kelihatan seperti corak Segitiga dalam gelombang (iv). Sementara harga masih kekal didagangkan di atas tahap 0.9250, kita hanya akan melihat peluang untuk membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 0.9426 . (Garisan aliran segi tiga menaik). Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang (v) perlu melanjutkan 161.8% daripada gelombang (iv), maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang (iv) dengan menetapkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.9526 (161.8% pada gelombang (iv)).


Perkiraan Alternatif: Penembusan harga di bawah tahap 0.9360 akan menyebabkan harga bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah 0.9323 - 0.9298 , dan ini akan meyebabkan kita beranggapan bahawa gelombang pembetulan (iv) sebagai pembetulan ZigZag . Sekiranya perkiraan ini di guna pakai, maka kita sekali lagi akan mencari peluang membeli terhadap tahap 0.9250.


Sokogan dan Rintangan

(S3) 0.9341, (S2) 0.9358, (S1) 0.9390, (PP) 0.9407, (R1) 0.9439, (R2) 0.9456, (R3) 0.9488.

Ramalan Perdagangan 
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 0.9426 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9250 dan Take Profit pada tahap 0.9526 adalah dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan