logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 14 April, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 14 April, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 14 April, 2014

Disekitar tahap harga 1.6780-1.6800, senario corak 'double bottom' telah ditubuhkan sebelum ini pada bulan Februari dan Mac.  


Penetapan harian di bawah tahap 1.6600 (pembalikan harga bercorak neckline) telah mendedahkan tahap harga 1.6350 (50% Fibonacci) dan kemudiannya telah membenarkan pasangan ini menembusi sasaran unjuran penuh yang terletak pada tahap 1.6464 (61.8% Fibonacci).


Tahap rendah baru-baru ini yang terletak pada tahap 1.6465 dan juga 1.6555 (bersamaan dengan gairsan aliran yang digambarkan) telah melindungi pergerakkan penurunan harga yang selanjutnya dan menyediakan tekanan membeli yang mencukupi bagi membolehkan harga ditetapkan di atas 1.6630-1.6666 (yang mana athap ini adalah bersamaan dengan penubuhan bahagian atas terkenal pada 24 Januari). 


Selagi aliran menaik yang ditubuhkan di sekitar tahap 1.6555 mengukuh, maka aliran kenaikkan harga diramalkan akan mengukuh di sekitar tahap 1.6780-1.6800. 


Zon permintaan yang paling hampir akan menemui pasangan yang terletak pada tahap 1.6660-1.6675. Ia adalah merupakan tahap tinggi yang paling baru ditubuhkan di atas ayunan kenaikkan harga semasa. 


Sebarang penarikan semula penurunan harga ke arah tahap 1.6660 -1.6675 perlu dipertimbangkan untuk pesanan membeli selagi tahap 1.6555 (dasar semasa harga terbaru) masih dilindungi oleh aliran kenaikkan harga.



Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 14 April, 2014


Carta 4H menyatakan zon permintaan yang lebih ketara berada di sekeliling penembusan bahagian atas baru-baru ini sepertimana yang telah dinyatakan di atas di dalam carta harian. 


Sementara itu, tahap Fibonacci 50% dan 61.8% adalah merupakan zon permintaan kritikal untuk ayunan kenaikkan harga yang berterusan. 


Zon harga 1.6645-1.6680 berkemungkinan akan menawarkan kemasukan MEMBELI yang sah semasa penarikan semula penurunan harga yang seterusnya. 


Stop loss harus diletakkan di bawah tahap 1.6560.



*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan